Ahad, 6 Jun 2010

Kebaikan tersembunyi semasa kita 'Sujud'.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Jumaat, 4 Jun 2010

Peranan 'Doa'

Kita mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu kita mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

Rabu, 12 Mei 2010

SUKARELAWAN MALAYSIA DIJANGKA TIBA DI KLIA 5.40PAGI (AHAD)

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Malaysia yang ditahan Israel dalam serangan ke atas kapal Mavi Marmara dijadual tiba pada 5.40 pagi Ahad ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Ditinjau kembali uruten peristiwa dimana pada tarikh 31 Mei adalah hari berdarah, meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam apabila konvoi Freedom Flotilla dengan 600 aktivis keamanan dari seluruh dunia yang membawa bantuan kemanusiaan Palestin, diserang komando Zionis di perairan antarabangsa.